TTMIK tahap 1 pelajaran 17

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Pada pelajaran lalu kita telah belajar tentang bagaimana mengkonjugasi kata kerja dalam bentuk seperti yang disenaraikan di dalam kamus kepada kata kerja kala kini. Anda masih ingat caranya?

Kata akar kata kerja yang berakhir dengan huruf vokal [o] atau [a] mestilah digabungkan dengan 아요 [a-yo].
Kata akar yang berakhir dengan huruf vokal SELAIN [o] atau [a] mestilah digabungkan dengan 어요 [eo-yo].
Kata akar pula digabungkan dengan 여요 [yeo-yo].

Sekarang, kita akan belajar cara untuk menukar kata kerja ke dalam bentuk kala lampau.

Sekiranya anda sudah arif tentang penukaran kata kerja kepada bentuk kala kini, maka anda akan lebih mudah faham bagaimana penukaran kata kerja kepada bentuk kala lampau berlaku. Peraturan yang sama turut digunakan untuk membina ayat dalam bentuk kala lampau dan akhiran-akhiran yang digunakan ialah :

았어요 [a-sseo-yo]
었어요 [eo-sseo-yo]
였어요 [yeo-sseo-yo]

Akhiran ini hanya perlu ditambah kepada kata akar kata kerja atau anda boleh melihat penggunaannya seperti ini: Gugurkan "요" pada hujung kata kerja dalam bentuk kala kini dan tambahkan dengan-ㅆ어요 [ss-eo-yo].

Kata akar kata kerja yang berakhir dengan huruf vokal [o] atau [a] perlulah digabungkan dengan 았어요 [a-sseo-yo].
Kata akar yang berakhir dengan huruf vokal selain [o] atau [a] pula ditambah dengan 었어요 [eo-sseo-yo].
Manakala kata akar yang berakhir digabungkan dengan 였어요 [yeo-sseo-yo].

Mari kita melihat beberapa contoh.

사다 [sa-da] = beli
Kata akar = 사 [sa]


** Gugurkan 다 [da] daripada hujung mana-mana kata kerja untuk mendapatkan kata akarnya.

Kala lampau

= 사 + 았어요 [sa + a-sseo-yo]
= 샀어요 [sa-sseo-yo]
= Saya telah membeli / Awak telah membeli / Dia telah membeli / Mereka telah membeli / dsb.

오다 [o-da] = datang / tiba
Kata akar = 오 [o]
Kala lampau

= 오 + 았어요 [o + a-sseo-yo]
= 왔어요 [wa-sseo-yo]
= Saya sudah datang / Awak sudah datang / Dia sudah datang / Mereka sudah datang / dsb.

적다 [jeok-da] = catat
Kata akar = 적 [jeok]
Kala lampau

= 적 + 었어요 [jeok + eo-sseo-yo]
= 적었어요 [jeo-geo-sseo-yo]
= Saya telah mencatat / Awak telah mencatat / Dia telah mencatat / Mereka telah mencatat / dsb.

하다 [ha-da] = buat
Kata akar = 하 [ha]
Kala lampau

= 하 + 였어요 [ha + yeo-sseo-yo]
= 했어요 [hae-sseo-yo]
= Saya sudah buat / Awak sudah buat / Dia sudah buat / Mereka sudah buat / Kita sudah buat/ dsb.

Berikut beberapa lagi contoh kata kerja dalam bentuk kala kini dan kala lampau

1.
먹다 [meok-da] (Kata akar = 먹 [meok]) = makan
Kala kini : 먹어요 [meo-geo-yo]
Kala lampau : 먹었어요 [meo-geo-sseo-yo]

2.
잡다 [jap-da] (Kata akar = 잡 [jap]) = pegang (dengan erat), tangkap
Kala kini : 잡아요 [ja-ba-yo]
Kala lampau : 잡았어요 [ja-ba-sseo-yo]

3.
팔다 [pal-da] (Kata akar = 팔 [pal]) = jual
Kala kini : 팔아요 [pal-a-yo]
Kala lampau : 팔았어요 [pal-a-sseo-yo]

4.
놀다 [nol-da] (Kata akar = 놀 [nol]) = main, lepak
Kala kini : 놀아요 [no-ra-yo]
Kala lampau : 놀았어요 [no-ra-sseo-yo]

5.
쓰다 [sseu-da] (Kata akar = 쓰 [sseu]) = tulis, guna
Kala kini : 써요 [sseo-yo](BUKAN 쓰어요)
Kala lampau : 썼어요 [sseo-sseo-yo]

6.
기다리다 [gi-da-ri-da] (Kata akar = 기다리 [gi-da-ri]) = tunggu
Kala kini : 기다려요 [gi-da-ryeo-yo](BUKAN 기다리어요)
Kala lampau : 기다렸어요 [gi-da-ryeo-yo]

7.
이상하다 [i-sang-ha-da] (Kata akar = 이상하 [i-sang-ha]) = pelik, ganjil (secara harfiahnya bererti "berbeza dari kebiasaan")
Kala kini : 이상해요 [i-sang-hae-yo](BUKAN 이상하여요)
Kala lampau : 이상했어요 [i-sang-hae-sseo-yo]

8.
멋있다 [meo-sit-da] (Kata akar = 멋있 [meo-sit]) = bergaya, segak, menawan, "cool"
Kala kini : 멋있어요 [meo-si-sseo-yo]
Kala lampau : 멋있었어요 [meo-si-sseo-sseo-yo]



TTMIK.png
This PDF is to be used along with the MP3 audio lesson available at TalkToMeInKorean.com. Please feel free to share TalkToMeInKorean’s free Korean lessons and PDF files with anybody who is studying Korean. If you have any questions or feedback, visit TalkToMeInKorean.com. This PDF translation project is a joint project between TalkToMeInKorean.com and KoreanWikiProject.com.