TTMIK tahap 2 pelajaran 1

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Selamat datang ke Level 2!!! Dan tahniah dalam mencapai sehingga Level 1 setakat ini. Dalam Level 2, kita akan melihat pada kata kerja dan ayat yang awak boleh bina atas apa yang awak dah pelajari melalui Level 1.


Untuk pelajaran kali ini, kita akan mempelajari bagaimana bercakap tentang perkara masa depan dalam bahasa Korea.


Future Tense

Cara paling umum dalam membuat future tense adalah menambah ㄹ/을 거예요 [l/eul geo-ye-yo].


Kata kerja + ㄹ/을 거예요 = future tense!


Bagaimana ingin mengenalpasti sama ada guna ㄹ 거예요 atau 을 거예요:-


  1. Kata kerja yang berakhir dengan vokal (보다, 가다, 자다) diikuti dengan ㄹ 거예요.
  2. Kata kerja yang berakhir dengan konsonan (먹다, 찾다, 붙다) diikuti dengan 을 거예요. (**Tiada sebab kompleks untuk ini, cuma untuk permudahkan sebutan.)
  3. Pengecualian: Kata kerja yang berakhir dengan ㄹ pada hujungnya (놀다, 멀다, 살다) cuma diikuti dengan 거예요.


Apabila suatu kata kerja ditukar kepada bentuk ini, ia memberi maksud "akan" membuat sesuatu. Tapi ketika awak ingin mengetahui apabila awak dengar banyak percakapan bahasa korea antara orang korea, present tense boleh juga mengekspresikan masa depan, apabila konteksnya jelas.


Contohnya, "Saya akan pergi esok" ialah 내일 갈 거예요 dalam future tense. tapi walaupun awak cakap 내일 가요 iaitu dalam present tense, ia masih masuk akal, terpulang pada situasi itu bagaimana.


Contoh

가다 [ga-da] = to go

가 + ㄹ 거예요 [ga + l geo-ye-yo]

--> 갈 거예요 [gal geo-ye-yo] = Saya akan pergi


지금 갈 거예요 = Saya akan pergi sekarang

혼자 갈 거예요 = Saya akan pergi berseorangan

내일 갈 거예요 = Saya akan pergi esok


하다 [ha-da] = to do

하 + ㄹ 거예요 [ha + l geo-ye-yo]

--> 할 거예요 [hal geo-ye-yo]


뭐 할 거예요? = Apa awak akan buat?

언제 할 거예요? = Bila awak akan buat?

이거 정말 할 거예요? = Awak betul-betul/benar-benar akan buat ini?


입다 [ip-da] = to wear

입 + 을 거예요 [ip + eul geo-ye-yo]

--> 입을 거예요 [i-beul geo-ye-yo]


청바지 입을 거예요 = Saya akan memakai jeans

티셔츠 입을 거예요 = Saya akan memakai t-shirt

뭐 일을 거예요? = Awak akan pakai apa?


만나다 [man-na-da] = to meet

만나 + ㄹ 거예요 [man-na + l geo-ye-yo]

--> 만날 거예요 [man-nal geo-ye-yo]


누구 만날 거예요? = Awak akan berjumpa dengan siapa?

어디에서 만날 거예요? = Dimanakah awak akan berjumpa?

언제 만날 거예요? = Bilakah awak akan bertemu?


팔다 [pal-da] = to sell

팔 + 거예요 [pal + geo-ye-yo]

--> 팔 거예요 [pal geo-ye-yo]


뭐 팔 거예요? = Apakah yang akan awak jual?

어디에서 팔 거예요? = Dimanakah awak akan jual?

얼마에 팔 거예요? = Berapa awak akan jual?


Best Written by,

Wan Imran