TTMIK tahap 1 pelajaran 9

From Korean Wiki Project
Revision as of 19:41, 4 December 2010 by Mathematican (Talk | contribs)

Jump to: navigation, search

Topic marking particles

은 [eun] / 는 [neun]

Peranan utama 'Topic marking particles' ini adalah membiarkan orang lain tahu apa yang anda bicarakan atau apa yang akan dibicarakan, dan 'Topic marking particles' dilampirkan di selepas kata nama.

Perkataan yang berakhir dengan konsonan terakir + 은 Perkataan yang berakhir dengan vokal terkhir + 는

Contoh:

  • 가방 [ga-bang] + 은 [eun]
  • 나 [na] + 는 [neun]

Topik dalam sesuatu ayat, yang ditandai dengan 은 [eun] atau 는 [neun] biasanya (tapi tidak selalu) adalah sama seperti subjek dalam ayat tersebut.

  • 저 [jeo] = Saya
  • 저 + 는 [neun] = 저는 [jeo-neun] = pada aku / (saya yang sedang bercakap) saya
  • 저는 학생이에요. [jeo-neun hak-saeng-i-e-yo] = Pada saya, saya adalah seorang pelajar. / Saya adalah seorang pelajar.

Disini, perkataan 저(saya) adalah kedua-duanya topik kepada sesuatu ayat (bercakap berkenaan dengan "saya" disini) dan subjek ayat tersebut ("saya" adalah subjek) Tetapi keunikan bahasa korea ini boleh ditemui dalam kalimat contoh berikut.

내일은 저는 일해요. [nae-il-eun jeo-neun il-hae-yo] = "Pada esok hari, saya bekerja." Disini, 내일 [nae-il], esok hari, akan diikuti dengan 은 [eun], iaitu topik, tapi bukan subjek untuk kata kerja 일하다 [il-ha-da], "untuk bekerja" sebab itu adalah bukan "esok hari" yang berfungsi tetapi "saya" yang berfungsi. Subject marking particles 이 [i] / 가 [ga]

Peranan 'Subject marking particles' ini lebih mudah kalau dibandingkan dengan peranan 'Topik marking particles'.

Perkataan yang berakhir dengan konsonan terakir + 이 Perkataan yang berakhir dengan vokal terkhir + 가

Contoh:

  • 가방 [ga-bang] + 이 [i]
  • 학교 [hak-gyo] + 가 [ga]

Jadi, pada dasarnya, 'Topic marking particles' (은/는)ini mengekspresikan apa tajuk untuk sesuatu ayat itu, dan 'Subject marking particles' (이/가) menunjukkan apa subjek untuk sesuatu ayat itu, tetapi itu bukan kesemuanya.

Apa lagi yang ada mengenai particles 은/는/이/가 ini?

  1. Selain menandakan topik, 은 [eun] / 는 [neun] mempunyai nuansa "berkenaan" sesuatu, "sebagai" sesuatu ataupun "tidak seperti hal-hal lain" atau "berbeza dari hal-hal lain".
  1. Selain menandakan subjek, 이 [i] / 가 [ga] mempunyai nuansa "tidak lain dari", "apa-apa selain", dan juga bila digunakan dalam ayat yang kompleks, peranannya adalah menandakan subjek tanpa ditekankan/dititikberatkan terlalu banyak.

Mari lihat berberapa contoh dari (1).

  • 이거 [i-geo] = ini / 사과 [sa-gwa] = epal / 예요 [ye-yo] = untuk jadi / ialah (adalah)
  • 이거 사과예요. [i-geo sa-gwa-ye-yo] = Ini ialah sebuah epal.

Anda boleh menambah 은/는 dalam ini, dan dalam hal ini subjek, 이거, berakhir dengan vokal, jadi tambah -는.

  • 이거는 사과예요. [i-geo-NEUN sa-gwa-ye-yo]

= (benda lain bukannya epal, tapi) INI adalah epal.


Jadi, anda boleh membayangkan orang sedang bercakap seperti ini:

  • 이거 커피예요. [i-geo keo-pi-ye-yo] (= Ini ialah kopi)
  • 이거는 물이에요. [i-geo-NEUN mul-i-e-yo] (= Itu merupakan kopi, tetapi YANG INI, ia adalah air.)
  • 이거는 오렌지주스예요. [i-geo-NEUN o-ren-ji-ju-seu-ye-yo] (= DAN YANG INI, berlainan semula, ia adalah jus oren.
  • 이거는 뭐예요? [i-geo-NEUN mwo-ye-yo?] (= Dan apa kata yang ini pula, Apa ini?)

Seperti yang dapat anda lihat dari contoh ini, 은/는 mempunyai peranan menekankan topik dalam ayat dengan memberikan nuansa "yang itu ialah ... dan/tapi YANG INI ialah ..." Jadi kadang-kadang ia tidak semulajadi 은/는 untuk digunakan pada setiap ayat yang anda kata.

Jadi dalam bahasa Korea, walaupun 은 dan 는 umumnya 'Topic marking particles', orang sering menggunakan 은 / 는 untuk benar-benar menekankan topik yang bertentangan dengan bahagian lain dari ayat.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengatakan "cuaca baik hari ini", anda boleh mengatakannya dalam banyak cara. (Jangan bimbang tentang semua ayat di sini, hanya fokus pada penggunaan 은 / 는 .)

  1. 오늘 날씨 좋네요. [o-neul nal-ssi jot-ne-yo] Cuaca hari ini baik.
    1. 오늘은 날씨 좋네요. [o-neul-EUN nal-ssi jot-ne-yo] (Cuaca belum begitu baik akhir-akhir ini, tapi HARI INI, baik..)
      1. 오늘 날씨는 좋네요. [o-neul nal-ssi-NEUN jot-ne-yo] (Hari ini, belum tentu segala sesuatu yang lain juga, tapi sekurang-kurangnya cuaca baik.)

Jadi, ITULAH bagaimana hebat dan bergunanya 'Topic marking particles' (은/는)ini dalam penukaran nuansa ayat korea anda!

Mari lihat beberapa contoh dari (2):

좋아요 [jo-a-yo] = ia adalah baik / 뭐 [mwo] = apa / 이/가 [i/ga] = 'Subject marking particles'

bayangkan apabila seseorang berkata “좋아요. [jo-a-yo]” dan itu bermaksud "ia adalah bagus/baik" atau "saya suka". Tetapi jika anda tidak berapa pasti APA yang baik, anda boleh tanya "APA yang baik?" or "Apa yang anda cakap?"

Dalam mengekspresikan sikap ingin tahu kepada "APA" yang baik, anda boleh tanya:

  • 뭐가 좋아요? [mwo-GA jo-a-yo?]

Disini perkataan 가 [ga] menekankan apa yang subjek dari kata kerja bagi "untuk jadi / 좋아요".

Jika seseorang berkata, ABC 좋아요. [ABC jo-a-yo] = ABC adalah baik.

Dan jika anda tidak setuju, anda boleh menambah lebih perisa dan maksud yang lebih mendalam dalam ayat korea anda apabila anda ingin menekankan SIAPA yang buat sesuatu, MANA SATU yang baik, dan lain-lain.


~Made by 완 이므란~