TTMIK tahap 1 pelajaran 1

From Korean Wiki Project
Revision as of 07:32, 26 November 2010 by Erlynda (Talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

안녕하세요. = Helo. / Hai. / Apa khabar? / Selamat tengah hari. / Selamat petang. / dan lain-lain...

안녕 + 하세요 = 안녕하세요.
[an-nyeong] [ha-se-yo]

안녕 = kesejahteraan, keamanan, kesihatan
하세요 = anda buat, anda?, silakan

안녕하세요 ialah persalaman yang paling biasa digunakan untuk menyambut seseorang di Korea, dan 안녕하세요 ialah 존댓말 [jondaetmal], bahasa sopan/formal. Apabila seseorang bersalam dengan 안녕하세요, anda boleh membalas dengan 안녕하세요.

Contoh Perbualan
A: 안녕하세요. [annyeong-haseyo] = Apa khabar.
B: 안녕하세요. [annyeong-haseyo] = Khabar baik.

감사합니다. = Terima kasih.
감사 + 합니다 = 감사합니다.
[gam-sa] [hap-ni-da]

감사 = penghargaan, kesyukuran, kesyukuran
합니다 = Saya buat, saya melakukan

감사합니다 adalah cara formal yang paling biasa digunakan mengatakan "Terima kasih." 감사 bermaksud "kesyukuran" dan 합니다 bermaksud "Saya terima" atau "Saya melakukan" dalam 존댓말, bahasa sopan/formal, jadi apabila digunakan bersama, ia bermakna "Terima kasih.". Anda boleh gunakan pernyataan ini, 감사합니다, pada bila-bila masa sekiranya anda ingin mengatakan "Terima kasih." dalam Bahasa Malaysia.