Difference between revisions of "TTMIK tahap 1 pelajaran 4"

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search
(Created page with 'Selepas mendengar pengajaran ini, anda akan dapat mengatakan "Maafkan saya" atau "Saya meminta maaf" dan anda juga akan berupaya untuk mendapatkan perhatian seseorang apabila and...')

Line 39: Line 39:

'''죄송합니다.''' [ joe-song-ham-ni-da] (makna sastera: “Maafkan saya.”)

'''죄송합니다.''' [ joe-song-ham-ni-da] (makna sastera: “Maafkan saya.”)

'''잠깐만요.''' [ jam-kkan-man-yo] (makna sastera: “Just a second.”)

'''잠깐만요.''' [ jam-kkan-man-yo] (makna sastera: “Tunggu sekejap.”)

'** Ya, “jamsimanyo” dan “jamkkanmanyo” adalah benda yang sama.

'** Ya, “jamsimanyo” dan “jamkkanmanyo” adalah benda yang sama.

Ini ialah ungkapan-ungkapan yang paling biasa digunakan. Anda tidak perlu menghafal ungkapan-ungkapan ini sekarang, tetapi mengetahui tentangnya adalah satu perkara yang baik.

Ini ialah ungkapan-ungkapan yang paling biasa digunakan. Anda tidak perlu menghafal ungkapan-ungkapan ini sekarang, tetapi mengetahui tentangnya adalah satu perkara yang baik.

Revision as of 21:48, 27 November 2010

Selepas mendengar pengajaran ini, anda akan dapat mengatakan "Maafkan saya" atau "Saya meminta maaf" dan anda juga akan berupaya untuk mendapatkan perhatian seseorang apabila anda ingin berkata sesuatu kepada mereka atau memesan sesuatu di dalam sebuah restoran.

죄송합니다. [ joe-song-hap-mi-da]
Adakah anda masih mengingati bagaimana untuk menyebut “Terima kasih” dalam Bahasa Korea?

Ia adalah 감사합니다. [gam-sa-ham-ni-da]

Sekiranya anda juga ingat bahawa 감사합니다 pada dasarnya bermaksud 감사 (“penghargaan” or “kesyukuran”) ditambahkan dengan 합니다 (“Saya terima”), anda boleh menganggap bahawa 죄송합니다 juga ialah 죄송 ditambahkan dengan 합니다.

죄송 [ joe-song] bermaksud “maaf”, “berasa kesal” or “terasa malu”, dan 합니다 [hap-ni-da] bermaksud “Saya terima”, jadi 죄송합니다 [ joe-song-hap-ni-da] bermaksud “Maafkan saya” or “Saya meminta maaf.”

죄송합니다 BUKAN selalunya bermaksud “Maafkan saya”.

Walaupun 죄송합니다 [ joe-song-hap-ni-da] pada dasarnya bermaksud “Maafkan saya”, anda tidak boleh menggunkan 죄송합니다 semasa anda ingin mengatakan “Saya terasa sedih selepas mendengar tentang perkara itu.”

Ramai orang Korea sebenarnya hairan apabila mereka bercakap mengenai berita buruk dengan sahabat mereka yang bertutur dalam Bahasa Inggeris (atau Malaysia) dan mendengar “Maafkan saya” daripada mereka.

Sekiranya anda mengatakan "Maafkan saya" selepas mendengar tentang berita buruk dari sahabat Korea anda, dia mungkin akan berkata “Mengapa ANDA meminta maaf mengenai beritu tersebut?” kepada anda.

Ini kerana 죄송합니다 HANYA bermaksud “Saya meminta maaf”, “Saya yang bersalah”, “Maafkan saya” or “Saya tidak sepatutnya berbuat demikian.” Ia tidak akan bermaksud “Saya terasa sedih selepas mendengar tentang perkara itu.”

저기요. [ jeo-gi-yo]

Dalam Bahasa Inggeris (atau Malaysia), anda boleh menggunakan ungkapan “Maafkan saya” ini kesemua situasi yang berikut.
1) apabila anda meminta laluan di kalayak ramai
2) apabila anda meminta diri sebentar dari bilik
3) apabila anda mendapatkan perhatian seseorang dan bercakap dengan mereka atau memberitahu mereka sesuatu
4) apabila anda hendak memanggil pelayan di restoren atau kafe untuk memesan sesuatu

저기요 [ jeo-gi-yo] ialah satu ungkapan yang boleh diterjemahkan kepada “Maafkan saya” tetapi ungkapan Bahasa Korea, 저기요 HANYA digunakan untuk situasi yang bernombor 3 dan 4 di atas.

Bagaimana anda menyebut “Maafkan saya” apabila anda hendak meminta laluan?

Anda boleh berkata:

잠시만요. [ jam-si-man-yo] (makna sastera: “Tunggu sekejap.”)

죄송합니다. [ joe-song-ham-ni-da] (makna sastera: “Maafkan saya.”)

잠깐만요. [ jam-kkan-man-yo] (makna sastera: “Tunggu sekejap.”)

'** Ya, “jamsimanyo” dan “jamkkanmanyo” adalah benda yang sama.

Ini ialah ungkapan-ungkapan yang paling biasa digunakan. Anda tidak perlu menghafal ungkapan-ungkapan ini sekarang, tetapi mengetahui tentangnya adalah satu perkara yang baik.