TTMIK tahap 1 pelajaran 16

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Pada pelajaran ini, kita akan belajar bagaimana untuk mengkonjungasi (mengubah kata akar kata kerja kepada bentuk lain bersesuaian dengan nahu dsb) kata kerja dalam Bahasa Korea.

Apabila anda membuka kamus Bahasa Korea, anda akan mendapati kata kerja berada dalam bentuk ini:

[ga-da] = pergi
[meok-da] = makan
[ja-da] = tidur
때리 [ttae-ri-da] = pukul
[ut-da] = ketawa

Apabila anda ingin mengubah kata kerja ini untuk menyatakan keadaan sesuatu dalam kala ini, kala depan, kala lampau dan sebagainya, perkara pertama yang anda harus buat adalah dengan menggugurkan [da] , untuk mendapatkan kata akar kata kerja tersebut.

Kata akar bagi kata kerja di atas :

가 [da]
먹 [meok]
자 [ja]
때리 [ttae-ri]
웃 [ut]

Seterusnya, pelbagai "imbuhan" akhiran yang bersesuaian harus ditambah lagi pada kata akar ini bagi melengkapkannya. Dalam pelajaran ini, kita akan belajar cara untuk mengubah kata-kata kerja ini ke dalam bentuk kata kerja kala kini.

Kata Kerja Kala Kini

Untuk mengkonjugasi suatu kata kerja ke dalam bentuk kala kini, anda harus menambah sambungan-sambungan akhiran ini kepada kata akar :

아요 [a-yo]
어요 [eo-yo]
여요 [yeo-yo]

** Perlu diingat bahawa hanya akhiran untuk laras bahasa formal/sopan diperkenalkan dahulu. Usah bimbang tentang belajar mengenai tahap-tahap kesopanan yang terdapat dalam penggunaan Bahasa Korea buat masa sekarang kerana setelah anda belajar bagaimana untuk bercakap dalam laras bahasa formal, bercakap dalam laras bahasa informal dan selanjutnya akan menjadi lebih senang.

Jadi akhiran-akhiran ini sesuai untuk kata akar yang mana satu?
Ianya amat mudah sebenarnya.

Sekiranya kata akar kata kerja berakhir dengan huruf vokal [a] atau [o], akhiran 아요 [a-yo] perlu digunakan.
Sekiranya kata akar berakhir dengan huruf vokal yang BUKAN [a] atau [o], maka akhiran 어요 [eo-yo] digunakan.
Hanya kata akar kata kerja yang berakhir dengan [ha], menggunakan akhiran 여요 [yeo-yo].

Mari lihat beberapa contoh.

1)
가다 [ga-da] = pergi
Kata akar berakhir dengan huruf vokal [a], jadi 아요 [a-yo] digabungkan kepada kata akar tersebut.
Pertama sekali, penggabungan adalah seperti begini 가 + 아요 dan seterusnya menjadi 가요 [ga-yo] untuk memudahkan sebutan.
가다 [ga-da] = pergi (bentuk dalam kamus)
--> 가요 [ga-yo] = Saya pergi. Awak pergi. Dia pergi. Mereka pergi (masa sekarang)

2)
먹다 [meok-da] = makan
Kata akar ialah [meok] dan huruf vokal terakhir ialah [eo] iaitu BUKANㅏ o ㅗ, jadi sambungkan dengan 어요 [eo-yo].

Seterusnya ia menjadi 먹 + 어요 [meo-geo-yo]

먹다 [meok-da] = makan (bentuk dalam kamus)
먹어요 [meo-geo-yo] = Saya makan. Awak makan…dsb (masa sekarang)

** Harus diingat, sebutan bagi 먹 + 어 [meok + eo] adalah seperti berikut: 머거 [meo-geo].

3)
보다 [bo-da] = lihat, tengok, tonton
Kata akarnya? 보 [bo]
Akhiran yang tepat? 아요 [a-yo]

보 + 아요 ---> Mengikut peredaran masa, ia akhirnya ditulis dan disebut sebagai봐요. (Sebutkan 보 + 아 + 요 tiga kali lebih pantas.)

보다 [bo-da] = lihat, tengok, tonton
봐요 [bwa-yo] = Saya lihat. Awak lihat...dsb (masa sekarang)

4)
보이다 [bo-i-da] = kelihatan..., nampak..., boleh dilihat

Kata akar? 보이 [bo-i]
Akhiran? 어요 [eo-yo]

보이 + 어요 ---> 보여요 [bo-yeo-yo]

보이다 [bo-i-da] = kelihatan..., nampak...
보여요 [bo-yeo-yo] = Ia kelihatan. Ia boleh dilihat. Saya boleh nampak

5)
하다 [ha-da] = buat

Kata akar? 하 [ha]
Akhiran? 여요 [yeo-yo]

하 + 여요 ---> 하여요 [ha-yeo-yo]

Kini, 하여요 telah menjadi 해요 [hae-yo] sesuai dengan peredaran masa

** Anda harus memberi perhatian kepada kata kerja ini, 하다 kerana ia mempunyai fungsi yang pelbagai. Anda boleh menambahkan kata nama di hadapannya untuk membentuk kata kerja yang baharu. Perkara ini akan disentuh dengan lebih terperinci dalam Pelajaran 23. Buat masa sekarang, perlu diingat 하다 menjadi 해요 dalam kata kerja kala kini dan membawa maksud "Saya membuat." "Awak membuat."...dsb (masa sekarang)

Adakah terdapat pengecualian atau ketaknalaran (tidak mengikut peraturan) daripada peraturan di atas?

Ya, memang ada. Tetapi jangan bimbang. Pengecualian dan ketaknalaran tersebut TIDAK menyimpang jauh dari peraturan yang biasa di atas!! Sudah tentu kami juga akan memperkenalkannya semudah dan sebaik mungkin dalam pelajaran-pelajaran kami di masa akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana bersama kami mengikuti pelajaran ini



TTMIK.png
This PDF is to be used along with the MP3 audio lesson available at TalkToMeInKorean.com. Please feel free to share TalkToMeInKorean’s free Korean lessons and PDF files with anybody who is studying Korean. If you have any questions or feedback, visit TalkToMeInKorean.com. This PDF translation project is a joint project between TalkToMeInKorean.com and KoreanWikiProject.com.