TTMIK tahap 1 pelajaran 2

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Selepas mendengar pengajaran ini, apabila anda diberi soalan YA/TIDAK, anda boleh menjawab soalan itu dengan YA atau TIDAK dalam Bahasa Korea.

네 / 아니요

Dalam Bahasa Korea, "Ya" ialah 네 [ne] dan "No" ialah 아니요 [aniyo] dalam 존댓말 [jondaetmal], bahasa sopan.

네. [ne] = Ya.
아니요. [aniyo] = Tidak.

Tetapi dalam Bahasa Korea, apabila seseorang mengatakan "네", ia tidak semestinya bermaksud "Ya." dalam Bahasa Malaysia. Begitu juga "아니요". Ini adalah kerana perkataan Korea "" menjelaskan "persetujuan" anda kepada apa yang disampaikan oleh orang lain. Dan "아니요" menjelaskan "percanggahan" atau "penafian" kepada apa yang disampaikan oleh orang lain.

Misalnya,
Seseorang bertanya, "Anda tidak suka kopi?" (커피 안 좋아해요? [keo-pi an jo-a-hae-yo?] dalam Bahasa Korea) dan sekiranya jawapan anda ialah "Tidak, saya tidak menyukai kopi." anda hendaklah mengatakan "네."

Pelik?

Jadi ia adalah lebih tepat sekiranya dikatakan sedemikian.

네. [ne] = Betul. / Saya bersetuju. / Boleh juga. / Apa anda kata itu betul.
아니요. [aniyo] = Itu tidak tepat. / Saya tidak bersetuju. / Apa anda kata tidak betul.

Lantaran itu, sekiranya anda bertanya "Anda tidak suka kopi?" dalam Bahasa Korea, dan sekiranya orang tersebut menjawab tidak suka kopi, dia akan berkata "Tidak." dalam bahasa Malaysia tetapi "네" dalam Bahasa Korea. Dan jika orang itu MEMANG menyukai kopi, dia akan berkata "Ya." tetapi "아니요" dalam bahasa Korea.

커피 좋아해요? [keo-pi jo-a-hae-yo?] = Adakah anda suka kopi?
네. 좋아해요. [ne. jo-a-hae-yo] = Ya, saya sukakan kopi.

커피 좋아해요? [keo-pi jo-a-hae-yo?] = Adakah anda suka kopi?
아니요. 안 좋아해요. [aniyo. an jo-a-hae-yo] = Tidak, saya tidak menyukai kopi.

커피 안 좋아해요? [keo-pi an jo-a-hae-yo?] = Anda tidak suka kopi?
아니요. 좋아해요. [aniyo. jo-a-hae-yo] = Ya, saya sukakan kopi.

커피 안 좋아해요? [keo-pi an jo-a-hae-yo?] = Adakah anda suka kopi?
네. 안 좋아해요. [ne. an jo-a-hae-yo] = Tidak, saya tidak menyukai kopi.

Anda tidak perlu bimbang tentang bahagian lain yang dinyatakan dalam contoh ayat-ayat di atas. Ini adalah untuk tujuan peringatan bahawa sistem Bahasa Korea untuk mengatakan YA atau TIDAK adalah berbeza dengan sistem Bahasa Malaysia.

네 adalah lebih daripada maksud YA atau BETUL.

Barangkali 네 [ne] digunakan untuk menyampaikan “Ya” or “Betul”, ia juga boleh digunakan sebagai pengisi perbualan. Apabila anda mendengar dua rakyat Korea bercakap antara satu sama lain, anda akan menyedari bahawa mereka kerap menggunkan 네, walaupun ia bukan dimaksudkan kepada makna “Ya”.

Jadi dua orang boleh membuat perbualan seperti demikian. Bayangkan semua ini dicakap dalam Bahasa Korea.

A: Awak tahu tak, semalam saya beli buku ini.
B: 네. [ne]
A: dan saya sangat menyukainya.
B: 네.
A: Tetapi ia agak mahal.
B: 네.
A: Nak tahu tak harganya?
B: Berapa?
A: Ia berharga 100 dolar!
B: 네? [ne?]
A: Jadi saya bayarkan dengan kad kredit saya.
B: 네...
A: Walau bagaimanapun saya tetap menyukai buku ini kerana ia dikaryakan oleh Kyeong-eun Choi, seorang guru di TalkToMeInKorean.com
B: 네...

Jadi, seperti yang dilihat dalam dialog di atas, 네 [ne] mempunyai pelbagai maksud. Ia boleh menjadi:

Ya. / Betul

atau pun,

Begitu rupanya. / Saya di sini! (apabila seorang memanggil anda) / Saya faham. / Ah-ha. / dan lain-lain...

맞아요.

Oleh kerana 네 [ne] dan 아니요 [aniyo] lebih bertumpukan pada persetujuan atau percanggahan daripada sesuatu yang benar atau tidak, dan JUGA kerana 네 boleh bermaksud “Begitu rupanya.” atau “Ah-ha”, orang Korea kerap menambahkan pernyataan, 맞아요 [ma-ja-yo] selepas 네 [ne]. 네, 맞아요. [ne, ma-ja-yo] = Ya, betul.

Ini adalah bertujuan untuk anda menyampaikan "Ya betul" dengan lebih jelas daripada membuatkan anda kelihatan pasif, sambil mengangguk-angguk sahaja semasa dalam perbualan.

네 lagi.

네 amat mengagumkan. Perkataan yang pelbagai makna ini juga boleh bermaksud “Apa yang awak cakap tadi?”

Andaikan seseorang mengatakan sesuatu kepada anda tetapi anda tidak dapat mendengar orang itu dengan jelas atau anda tidak memberi perhatian. Dengan itu anda boleh berkata “네?” [ne?] untuk bermaksud “Maafkan saya?” “Apa yang awak cakap tadi?” “Saya tidak mendengar dengan jelas.” Anda juga boleh menggunakan “네?” untuk menunjukkan kejutan anda terhadap sesuatu.

A: Saya telah membeli satu hadiah untuk kamu.
B: 네? [ne?]
A: Saya kata, saya telah membeli satu hadiah untuk kamu?
B: 네?
A: Lupakan saja.
B: 네?