TTMIK tahap 1 pelajaran 5

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Selepas mempelajari pengajaran ini, anda akan dapat mengatakan benda-benda seperti "A ialah B (kata kerja)." atau "Saya ialah ABC (kata nama)" dalam bahasa sopan/formal Korea.


이에요 / 예요 [i-e-yo / ye-yo]
이에요 dan 예요 mempunyai peranan yang serupa dengan kata pemeri dalam Bahasa Malaysia iaitu "ialah/adalah/merupakan". Namun, perbezaan asasnya ialah struktur ayat yang menggunakannya.

Struktur ayat Bahasa Malaysia:
   ABC + [ialah/adalah/merupakan] + DEF.
   '** DEF ialah kata nama.

Cth)
   ABC ialah DEF.
   Saya ialah ABC.
   Awak adalah XYZ.

Struktur ayat Bahasa Korea:
   ABC + DEF + [ialah]
   '** DEF ialah kata nama

Cth)
   이거 ABC예요. [i-geo ABC-ye-yo] = Ini ialah ABC.

Dalam Bahasa Malaysia, kata kerja “menjadi” ditukar kepada “ialah” bergantung kepada subjek pada ayat, tetapi dalam Bahasa Korea, anda memutuskan sama ada hendak menggunakan 이에요 [i-e-yo] atau 예요 [ye-yo] bergantung pada sama ada huruf terakhir dalam perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf konsonan atau vokal. 이에요 dan 예요 amatlah serupa dan bunyinya juga serupa jadi ia tidak akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya anda mencampurkan kedua-duanya, namun ia adalah lebih baik untuk mengetahui format yang betul

Sekiranya anda ingin mengatakan bahawa ABC "ialah" DEF dalam Bahasa Korea, jika perkataan untuk "DEF" mempunyai konsonan akhir pada huruf sebelumnya, anda tambah 이에요 [i-e-yo], tetapi sekiranya "DEF" tidak mempunyai konsonan akhir dan berakhir dengan huruf vokal, anda tambah 예요 [ye-yo]. Ini bertujuan untuk memudahkan sebutan pada bahagian yang bersambung, jadi ia akan datang secara semula jadi jika anda berlatih dengan beberapa contoh ayat.

Konsonan akhir + 이에요 [i-e-yo]
Tiada konsonan akhir (Hanya vokal) + 예요 [ye-yo]

Contoh-contoh ayat

물이에요. = 물 + 이에요 [mul + i-e-yo]
(Itu) air.

가방이에요. = 가방 + 이에요 [ga-bang + i-e-yo]
(Itu) sebuah beg.

사무실이에요. = 사무실 + 이에요 [sa-mu-sil + i-e-yo]
(Itu) sebuah pejabat.

학교예요. = 학교 + 예요 [hak-gyo + ye-yo]
(Itu) sebuah sekolah.

저예요. = 저 + 예요 [ jeo + ye-yo]
(Itu) saya.

Seperti mana yang anda lihat dalam contoh-contoh di atas, dalam Bahasa Korea, anda tidak perlu menggunakan kata bilangan seperti "satu/sebuah" atau "itu" seperti dalam Bahasa Malaysia. Jadi, sekiranya anda mencari kata nama dalam kamus Bahasa Korea, anda boleh menambahkan 이에 요 atau 예요 dan seterusnya ia bermaksud “Ini adalah ABC.” “Itu adalah DEF.” “Saya ialah XYZ.”

Anda juga boleh membuatkan soalan dengan hanya meninggikan nada pada akhir ayat.

물이에요. [mul-i-e-yo] = Itu air.
이에요? [mul-i-e-yo?] = Adakah itu air? Adakah ini air?

학교예요. [hak-gyo-ye-yo] = Itu sebuah sekolah.
학교예요? [hak-yo-ye-yo] = Adakah itu sebuah sekolah? Adakah anda di sekolah sekarang?

뭐 [mwo] = apa
예요? [mwo-ye-yo?] = Apa dia? Apa itu?