TTMIK tahap 1 pelajaran 6

From Korean Wiki Project
Jump to: navigation, search

Selepas mempelajari pengajaran ini, anda akan dapat mengatakan "Ini adalah ABC." dan juga menyoal "Adakah ini ABC?" dan "Apakah ini?" dalam bahasa sopan/formal Korea.


이에요 / 예요 [i-e-yo / ye-yo]

Dalam pengajaran yang lepas, anda telah mempelajari bagaimana 이에요 [i-e-yo] dan 예요 [ye-yo] boleh ditempatkan selepas kata nama untuk melahirkan maksud "Itu adalah ABC" atau "Saya ialah DEF."

Kajian / Contoh
[chaek] + 이에요 [i-e-yo] = 책이에요. [chaek-i-e-yo] Ini sebuah buku.
[ jeo] + 예요 [ye-yo] = 저예요. [ jeo-ye-yo] Ini saya.

'** 이에요 dan 예요 mempunyai peranan yang sama seperti kata kerja Bahasa Malaysia iaitu "menjadi".

Konsonan akhir + 이에요 [i-e-yo]
Tiada konsonan akhir (Hanya vokal) + 예요 [ye-yo]

이거 [i-geo] = ini, yang ini

[i] (“ini”) + [geot] (“benda”) = 이것 [i-geot] --> 이거 [i-geo]

이거 [i-geo] pada asalnya ialah 이것 [i-geot] dan ia adalah gabungan antara 이 [i] (“ini”) dan 것 [geot] (“benda”) tetapi pengunaanya hanyalah 이거 [i-geo] untuk memudahkan sebutan.

Contoh-contoh Ayat

이거 책이에요. [i-geo chaek-i-e-yo] = Ini sebuah buku.
이거 카메라예요. [i-geo ka-me-ra-ye-yo] = Ini sebuah kamera.
이거 커피예요. [i-geo keo-pi-ye-yo] = Ini kopi.
이거 사전이에요. [i-geo sa-jeon-i-e-yo] = Ini sebuah kamus.


이거 뭐예요? [i-geo mwo-ye-yo?] = Apakah ini?

Dalam Tahap 1 Pelajaran 5, kami telah memperkenalkan persoalan, 뭐예요? [mwo-ye-yo?] dan ia bermaksud “Apa dia”. Anda boleh menambahkan 이거 [i-geo] di hadapanya untuk menanya “Apa ini?”

이거 뭐예요? [i-geo mwo-ye-yo?] = Apa ini?
이거 핸드폰이에요. [i-geo haen-deu-pon-i-e-yo] = Ini ialah telefon bimbit.

이거 뭐예요? [i-geo mwo-ye-yo?] = Apa ini?
이거 물이에요. [i-geo mul-i-e-yo] = Ini ialah air.

이거 뭐예요? [i-geo mwo-ye-yo?] = Apa ini?
이거 커피예요. [i-geo keo-pi-ye-yo] = Ini ialah kopi.

Adakah anda masih ingat bagaimana untuk menyebut “Tidak”?

이거 커피예요? [i-geo keo-pi-ye-yo?] = Adakah ini kopi?
아니요. 이거 물이에요. [a-ni-yo. i-geo mul-i-e-yo] = Tidak. Ini ialah air.

Adakah anda masih ingat bagaimana untuk menyebut “Ya, betul”?

이거 커피예요? [i-geo keo-pi-ye-yo?] = Adakah ini kopi?
네. 맞아요. 이거 커피예요. [ne. ma-ja-yo. i-geo keo-pi-ye-yo] = Ya, betul. Ini ialah kopi.